Rezeki-tuhan yang bagi.
Ada sesetengah orang cari rezeki sampai setengah nyawa. Tiap-tiap malam balik lewat, hujung minggu pun masih perlu fikirkan kerja tapi alih-alih gaji tetap ciput. Sebab tu setiap sen menjadi amat bermakna, perlu berjimat dan perlu dijaga.
Apa yang dibeli harus betul dikira-kira, dibahagi-bahagi. Kalau ayam ini harus dimakan untuk seminggu. Maka seminggulah. Kalau ada teman yang minta, hati jadi berbulu...bengang! Kacau budget aku jer!
Sampaikan dengan teman-teman begitu berkira, dengan ibu bapa buat2 senyap je, PTPTN buat-buat lupa.
Cerita seorang teman, satu hari teringin membeli ikan bakar. Maka belilah seketul yang besar harganya RM5. Dalam hati dah pasang niat, nak makan sebelah jer. Sebelah lagi untuk malam nanti. Bagus, pandai berjimat. Tapi tak sedar dalam berjimat telah menjadi amat kedekut dan busuk hati.
Ada seorang teman yang lain duduk makan semeja. Kurang berkemampuan. Pinggannya penuh dengan sayur sahaja. Sesekali menjeling kecur pada ikan bakar teman yang tadi sambil menyuarakan isi hati. "Tak pernah merasa lagi ikan ni, minggu depan nak makanlah" (gaji nyer cuma separuh dari teman yang tadi)
Namun, kawan yang amat berjimat @ terkedekut tu mungkin kurang berperasaan langsung tidak mempelawa teman yang teringin sangat tadi malah siap memberi ayat penyata: " Hermm ikan ni nak bungkus simpan sebelahlah. Nak buat makan malam"
Selesai makan, dua-duanya nak pulang ke office. Setengah perjalanan baru teringat ikan yang dibungkus tertinggal di kedai. Bila patah balik, rupanya tak ada kerana dah dibuang oleh pengemas meja.
Sekarang teman yang ini pula yang kecur air liur. Mungkin baru nak belajar memahami konsep rezeki. Tak perlu nak berkira, tak perlu nak risaukan apa. Rezeki itu datang dari NYA. Insyaallah kalau usaha tentu ada bahagiannya.
Tapi kalau hati busuk dan kedekut teramat, rezeki yang dah jadi hak pun boleh terlepas. Satu lagi tak perlu nak jadi terlampau kedekut dan berkira tapi memberi alasan berjimat.
Even mungkin teman ni bersikap begitu kerana mahu berjimat berbelanja betul2 dan kewangannya sendiri sering tak mencukupi...Tapi jangan sampai terjadi kedekut. Elakkan! Korbankan yang sendiri, nescaya ada balasannya.
Allah tak redha. The more you give the more you get back. Konsep yang very beautiful!
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).
Malahan banyak sebenarnyer kebaikan kalau kita tidak berkira dan bermurah hati ni. Apatah lagi dah memang kalau niat dalam hati nak bersedekah. Untuk bagi inspirasi pada diri sendiri dan orang lain...kat bawah ni antara fadhilat2 sedekah ke atas umat islam.
Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.
Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.
Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.
Dan Rasullullah pernah bersabda:
“Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah ” .
“Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah “Ubatilah penyakitmu dengan sedekah “.
Ok. Dah cukuplah tu ceramah untuk hari ni. Sekian. :D

0 rUnGuTaN:
Post a Comment