yang dipercaya. Orang yang diyakini akan bersamanya walau buruk baikpun dia.
Tapi kalau dengan teman biasa, teman tapi tak mesra, orang lebih tua yang bukan keluarga,
pensyarah-pensyarahnya dan rakan sekerja tutur katanya agak terjaga. Agak berkhemah dan lembut dalam perbincangan. Tega nak menjaga hati kawan-kawan sampai ada kalanya hatinya sendiri yang tercalar. Walau tersemat dalam hatinya kebenaran harus disuarakan, tapi demi jaga hati rakan, teman dan taulan kadang-kadang walau kebenaran tetap disimpan, walau sesuatu itu salah tetap dilayan.
Mungkin bimbang dikatakan orang jumud. Mungkin cuba mengadaptasi dengan persekitaran global disekeliling. Rupa-rupanya teman ni seorang yang penakut. Takut akan apa persepsi orang padanya. Kadangkala tanpa disedarinya taktala agama jadi bahan jenaka dia turut
mengiya dalam terpaksa. Hati orang perlu dijaga. Kadangkala waktu kepercayaan jitunya pada ad-din yang satu ini diperkotak-katikkan rasionalisasinya dia geram mahu membidas. Tapi kerana nak menjaga hati kawan didiamkan sahaja. Atau paling kuat..bidasannya dalam hati.
Ialah kan selemah-lemah iman kan membenci dalam hati. Tapi memang apanya yang ditakutkan dengan manusia. Kenapa tidak pada pencipta? Pelik bukan. Tapi teman penakut ini anehnya tidak sedar, dlm berani dia sebenarnya penakut tersangat. Sebab dia berilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Dia pandai membaca al-kitab tapi tak pernah cuba memahami isinya. Jika tidak, pasti dia bukan sipenakut ini. Kalau pernah dibacanya ayat tuhan dalam surah taubah yang berbunyi:

Pasti segala yang benar tidak tertahan akan meluncur laju dibibir. Baru sekarang dia terasa entengnya iman di dada. Kalau kalam Allah ini dibaca dan dipercaya dia pasti terfikir mengapa mahu takut jika tidak pada tempatnya? Mengapa takut melaungkan kebenaran sesama manusia. Mengapa segan dan risau dipandang hina. Jika yang nak kau tegakkan adalah hak Maha Pencipta. Apa ada sesama manusia. Kalau juri mutlak adah yang Maha ADIL dan BIJAKSANA. Anehhhhhhhh....

0 rUnGuTaN:
Post a Comment