Tapi elak punya elak terserempak juga dengan sorang mamat kulit hitam ni dengan aweknya tengah masak. Apa lagi terpaksalah sesi ramah mesra yada2. Adoi betul ke aku ni amik Public Relations dulu? Napa aku rasa malas gila nak sapa menyapa ngan orang ni. Grrrr..Yelah tiap kali jumpa itu jelah ayatnya. How are you? How are you doing? What course are you doing? (tanya hari ni esok tanya lagi sebab lupa lepas tu next week tanya balik).
So tadi nak taknak aku pun goreng lah juga borak:
Dia: Where are you from?
Me : Malaysia
Dia: I see. Kuala Lumpur?
Me: Yes. Very close (;P). How about you?
Dia: I'm from Africa
Me: I see. Which part?
Dia: Owh you're the first person asking me. People usually think Africa is a country. Hahahaha( gelak as in saying..bodohnyer orang2 ni)
Me: Hahaha.. really?? (Nasib baik aku tak kantoi ~) -_-'
Actually aku pun tak sure sebenarnya. Ngeh ngeh ngeh. Aku memang taulah Africa tu benua. Tapi mana nak tau kot dalam benua tu ada gak negeri nama Africa kan. Nasib baik aku tanya cara selamatnya. Actually nak tanya which country tapi agak was-was di situ maka aku tanyalah which part kan ker selamat.
Kalau kantoi agak segan disitu. Dia yang duk beribu batu ni siap tahu Kuala Lumpur kan. Boleh pulak aku tak tahu Africa tu bukan negara tapi benua. Ceh malukan Malaysia je nanti. Lepas habis borak yada2 aku pun terus meluru masuk bilik google pasal Africa. Takderlah next time nak tanya gigil2 lagi kan.
So ya, takde negara nama Africa ye kawan2. Yang ada negara South Africa yang terletak disebelah selatan dalam benua Africa (ke aku sorang je yang baru tahu ni?). So actually Africa ni second largest continent after Asia kita dan mengandungi lebih kurang 53 buah countries termasuklah Uganda (tompek mamat tu lah), Libya, Egypt, Nigeria, Botswana, Sudan, Morocco, Senegal, Zimbabwe, Angola dan banyak lagi ya.
Tamat sahaja pelajaran geografi kita pada hari ini. Esok kita sambung lagi ya.
P/S: Dan jiran kita Indonesia ada penduduk lebih nak dekat 10 kali ganda dari Malaysia 238 juta, merupakan negara dengan populasi keempat terbesar dunia dan memiliki 17 ribu buah pulao. Ko ado?

0 rUnGuTaN:
Post a Comment