Sunday, February 05, 2012

Jenis-jenis make-up brushes

Ok hari ni nak coret sikit pasal make-up. Jangan terkejut ye, dah namanya perempuan. Soon or later tenyeh juga sikit kat muka. Paling tidak time kahwin.

Dalam case saya ni lain sikit. Saya dengan make-up memang tidak dapat dipisahkan. Dari kecil lagi. Memang mak cakap masa orang lain tengah hisap puting, main lego atau main masak-masak, saya memang 24 jam melekap dengan alat-alat make up mak. Masuk sekolah pun begitu juga. Orng lain bawa pensil warna pergi sekolah saya pula bawak blusher dan lipstick. Malah minat pada make-up tu semakin dalam sampai saya menghadiri beberapa bengkel solekan dan memperoleh beberapa sijil pengiktirafan. Hinggalah sekarang kalau nak make-up tu memang bukan nak cakap besar tapi pakai tiga jari pun boleh.
[Ok. sebelas baris yang atas ni adalah satu penipuan].

Biarlah nak perasan pro sat before memulakan mukadimah tentang make-up ni kan. Bukan apa, karang kalau takda background takde pula orang nak baca aku merapu pasal make-up. Ngeh ngeh ngeh. Actually baru je lately ni minat nak ambil tahu pasal make up ni datang. Kalau tak jangan harap, benda yang ko sapu kat pipi tu pun aku tak tahu orang panggil apa. Sejak menjinakkan diri dengan make-up ni maka aku pun tertahulah tentang penggunaan make-up brushes.

Mula-mula agak confuse juga. Kenapa nak pakai brushes? Jari kan ada..jari pun boleh. Tapi kalau perasan kalau juru andam atau make up artist tu mesti guna brushes kan. Boleh je bagi aku takde masalah guna jari jemari ni tapi KATANYA antara kelebihan-kelebihan guna make brushes termasuklah:
1) Mendapatkan solekan yang lebih kemas dan konsisten. Contohnya merah blusher yang sama di pipi kiri dan kanan.
2) Solekan juga lebih rata dan warna dapat di blendkan dengan lebih cantik. Kalau anda nak campur kuning merah dan hitam sebagai eye shadow gamaknye maka brushes ni dapat tolong adukkan warna-warna ini hingga kelihatan macam bendera Negeri Sembilan (Yeah!).
3) Katanya tangan akan mengotorkan muka tapi berus tidak. Ye ker?? Macam tak caya je.
4) Dan finishing make-up yang menggunakan brushes adalah lebih bersinar dan glowing katanya.

Dah alang-alang tu marilah kita tinjau sikit jenis-jenis make brushes yang ada di pasaran kan. Kalau-kalau ada yang berhajat nak membeli.
Adakah mak andam2 sedunia memiliki kesemua brushes ini?
Ha yang ini kita tak tahu~

Tapi saya taklah berhajat nak cerita tentang semua brushes ni. Subuh esoklah baru sudah menaip gamaknye (alasan sebenarnyer aku pun tak tahu kejadahnya natang2 ni). So kita amik yang basic2 je ye teme-teme semua. Kalau kate basic tu adalah lebih kurang tujuh.

Ikut turutan dari atas ke bawah ye. 1 hingga 6.
Brush yang terakhir tu ade 2 sides.

1) Powder Brush - Brush ni juga biasanya dipanggil Kabuki Brush. Kegunaan dia adalah untuk memakaikan compact powder mahupun loose powder pada muka. Juga untuk meratakan overall make-up dengan bulunya yang agak kembang dan tebal. Sekiranya make-up terlebih something or warna bolehlah tone it down with this brush.
2) Blush brush - Yang ini seperti namanya juga adalah digunakan untuk pemakaian blusher mahupun bronzer yang lebih sempurna. Bronzer ni kiranya macam blusher jugalah untuk bagi cheeks or anywhere around face tu lebih glowing katanya.
3) Eye shader - Brush ni digunakan untuk letak eye shadow dekat lid mata.
4) Blending Brush - Lepas letak eye shadow tadi gunakan brush ni pulak untuk blend warna-warna yang anda dah shade kan kat lid mata dengan edges dia semahumu.
5) Concealer Brush - Pakai sponge ataupun jari untuk letak concealer atau foundation katanya akan buat muka nampak setepek atau cakey gitu. So gunalah brush ni kalau rajin ok.
6) Eye Definer - Brush yang ini pula digunakan untuk blend eye liner kat mata ataupun kalau anda nak letak warna berdekatan dengan bulu mata.
7) Lip Brush - Untuk sapu gincu lah.

Penting sebenarnya nak tahu sikit-sikit tentang make-up dan brushes ni walaupun mama kamu kata tak payah. Faedhanya takdelah kau biar je apa orang nak tenyeh kat muka kau yer tak. Kene ambil tahu juga. Sebab mostly brushes in the market ni made of animal hair and some synthetic brushes. Setahu aku animal hair ni ko kene samak dulu baru boleh guna. Ini kalau pony dengan goat lah(among famous one). Tapi kalau piggu2 tu kau samak sampai bila pun tak bolehlah yer. Kalau teringin sangat on your own risk. Aku tak tumpang saham. So kalau bolehlah nak senang cerita go for synthetic brushes. Some mak andam tak kisah and ada juga yang tak tahu. Bukan tak tahu pasal make-up (tidaklah namanya mak andam yer tak) tapi tentang walaupun bukan piggu2 bukan kau boleh guna sesuka hati ye.
Mine: Sile dapatkan yang no animal product ye rakan2.

Kotaknyer smart. I like the bronze color.Like like like!

Lainkali kite sambung kelas brushes yang lain-lain pula ya (Lama lagi~). Ini tujuh pun hazab nak paham. Tapi a little bit easier dari nak paham kimia ngan fizik lah. ;P
Personal statement yang tak boleh digunakan untuk menyatakan kenapa our country may have shortage oh physicist and chemist but not beauticans! Ngeh! I have nothing against mak andam ok. Respect adalah! Pandai diorang main kaler2.

Bila dah ada brush ni kenalah tahu cara nak pakai make-up guna brushes and cara nak jaga brushes ni ye tak. Bak kata orang tak gunalah kalau ada Ferrari sebijik tapi takder lesen memandu malah disimpan pulak Ferrari tu dalam stor (eh sape yang kate? belasah!). Hermmm...karat Ferrari ko! Cepat, sapenak ajar aku guna?!

Jangan takut, ini bukan hantu! Mata adalah cemey sebelah
disebabkan radang mata mengada-ngada. Untuk cubaan pertama pakai brushes ni aku bagilah three stars (eh boleh ker?)

0 rUnGuTaN: